my followers :)

Tuesday, July 16, 2013

RaMaDhaN TiBa LaGi~

Alhamdulillah, pada tahun ini, iaitu 2013 bersamaan 1434 Hijrah kita masih lagi dapat menjalankan ibadah puasa..sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang paling diberkati oleh Allah.. jadi dikesempatan ini,mari lah sama-sama kita melakukan sebanyak boleh perkara-perkara mahmudah..semoga kita akan mendapat beribu-ribu,berjuta-juta ganjaran daripada Allah S.W.T.


Firman Allah Taala:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..

"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. (1)



Diterangkan kebaikan bulan puasa dalam hadith yang berikut:

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ                                                                                                                     . (رواه مسلم



8- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Menurut huraian ulama' rahimahumullah., bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka, serta terbelenggunya syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan, boleh difaham menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadat - yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.