my followers :)

Thursday, March 28, 2013

Edit by Din Yeah..

Salam..saje nak berkongsi..ni lah keje aku bile dalam keadaan yg membosankan..
edit mengedit..walaupun biase2 je,tpi ade pgajaran yg aku dpt..
ni je lah antara nya,ade lgi sbnar nyr,tpi berat lah pulak nk upload byk2..line x brape nk ok sgt..:)

















syukran kerana sudi melihat..:)

Friday, March 22, 2013

Hargai setiap kebahagiaan yang datang walau hanya sesaat.

Hidup memerlukan pengorbanan, 
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan ketabahan,
Ketabahan memerlukan keyakinan,
Keyakinan pula menentukan kejayaan,
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


Namun begitu berapa ramai yang berjaya untuk mencari kebahagiaan itu.
Kebahagiaan akan datang dan akan pergi.
Bersyukurlah kepada Tuhan kerana pernah memberi kebahagiaan kepada kita walaupun hanya sesaat.
Kerana ketika kita bersedih, Tuhan sengaja menguji sejauh mana kesabaran kita untuk kembali kepada-Nya.


Ketika kita lalai menikmati kebahagiaan, kadang-kadang kita lupa akan nikmat itu.
Setiap manusia tiada yang sempurna. Hidup ini perlu saling melengkapi antara satu sama lain.
Ada yang memberi, ada juga yang meminta.
Ada yang bahagia, ada yang bersedih.


Percayalah semua itu adalah ketentuan daripada Allah.
Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha sedaya upaya dan berdoa semoga apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.
Hargai bila bersama, bersyukur dengan apa yang kita ada.
In syaa Allah kita akan mendapat keberkatan-Nya.. :)

Tuesday, March 19, 2013

Jangan terlalu mengharap pada sesuatu yang tak pasti.







Setiap daripada kita pasti punya impian dan cita-cita masing-masing. Ada yang bercita-cita tinggi melangit dan ada pula yang sekadar berharap. Ada yang berimpian sampai ke bulan dan ada pula yang berimpian merentas tujuh lautan. Setiap impian dan cita-cita ini bermula dengan angan-angan. Tidak salah untuk berangan namun ianya haruslah realistik, jangan bermimpi untuk ke bulan kalau kita hanya berharap tanpa usaha.





Dalam percintaan pasti kita juga punya impian. Impian untuk membina mahligai cinta bersama jejaka/gadis idaman. Adakalanya kita sekadar menaruh harapan iaitu mencintai dalam diam, dan berharap si dia akan memahami perasaan kita. Adakalanya kita berimpian memiliki seseorang yang jauh tinggi darjat dan lain dunianya dari kita. Hati manusia memang tidak dapat lari daripada perasaan untuk memiliki. Berharap setiap cinta yang dicurahkan akan mendapat balasan. Namun siapalah kita untuk menentukan segalanya?



Terkadang impian kita akan dimakbulkan, dan segala yang kita impikan dapat dicapai. Namun ada ketikanya dimana impian kita tidak dikabulkan. Kita gagal memiliki apa yang kita hajati. Hasrat bersama dia tidak direstui, maka tiadalah jodoh bersamanya. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan segalannya.



Namun jangan kita terlalu kecewa kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Sekiranya permintaan kita tidak ditunaikan tidak bermakna Dia tidak sayangkan kita. Mungkin Dia sedang memberi ujian pada kita sebagai hamba-Nya untuk menguji setahap mana keimanan kita pada-Nya. Mungkin juga Dia sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Setiap peristiwa yang terjadi ada hikmahnya.




Sunday, March 17, 2013

QHASIDAH DI KOLEJ CANSELOR


Alhamdulillah, pada hari ini (16 Mac 2013) kami telah selasai mengadakan satu lagi persembahan di Kolej Canselor bersama-sama kumpulan UNIC yang saya kira dikenali oleh orang ramai. 

Ini adalah post yang pertama yang ada kaitan dengan group kami, iaitu Al-Ikhwan.. Jadi,tidak salah lah kalau memperkenalkan serba sedikit tentang group ini.. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta..

Ditubuhkan pada Mac 2011 oleh MOHD ZULHAFIS BIN ZULKEPLY. Kelab ini juga dikenali sebagai Kelab Marhaban dan Qhasidah, Kesenian Islam Kosass, UPM. Kelab ini merupakan salah satu kelab yang ditubuhkan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, UPM..

Kami telah banyak mengadakan persembahan di dalam dan di luar UPM serta pernah menyertai beberapa pertandingan. Objektif utama kumpulan ini diadakan adalah untuk menarik lebih banyak belia untuk erselawat dan memuji kebesaran nabi kita, Muhammad S.A.W..

Jadi, antara persembahan yang terdekat adalah pada hari ini.


isi perut sebelum persembahan.. ambik tenage kate orang..



perbincangan ringkas sebelum persembahan..




Bergambar bersama kumpulan UNIC..


Sedikit komen dan pengajaran yang diberikan oleh kumpulan UNIC..

Sedikit cenderahati yang telah diterima..



jadi itu sahaja setakat ini..  semoga objektif utama iaitu untuk mengajak para belia dalam memuji dan mengagung-agungkan nabi Muhammad S.A.W tercapai..In syaa Allah..

Saturday, March 16, 2013

Bowling INTAKE 32 PALAPES UPM

Seperti yang dijanjikan, intake kami telah mengadakan perlawanan bowling tertutup (yeke??) antara intake kami n jurulatih.. Walaupun yg datang ckit je,tpi tetap meriah..:)..persahabatan yang dibina dengan keikhlasan akan mencipta satu pengalaman yang menarik..di bawah ini diletakkan beberapa gambar sbgai kenangan..yg x pergi tu jgn jeles,keh3...tpi syg,pegawai latih kami@kapten zul x dpt hadir di atas sebab-sebab tertentu..
intake yg kuat mkn..

kekuatan yg hadir..mne ak??

star blok napuh@ic skot paling mantap,lalala...

gaya ade.tpi bola x thu ke mane..

ni lah jurulatih yang byk mengajar kami erti kehidupan..blh tahan la dye main,:)

bdk ni ak x nmpk,x knl sape,bdk popular kosass kot..

guys..

ladies...

posing mahal..

selesai bermain..muke2 kecewa,lalala..


makan2 after balik dari main bowling..nasib ade org blanje air,tq..:)

terima kasih kerana meluangkan masa bersama-sama..semoga persahabatan yang dibina kekal abadi selamanya..in syaa Allah..:)

Thursday, March 14, 2013

PERASMIAN TAPAK MUZIUM BAHASA FBMK..

14 Mac 2013-Tapak Muzium Bahasa Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi  telah dirasmikan oleh Dekan fakulti tersebut iaitu Prof. Madya Dr. Abd. Mua'ti @ Zamri Ahmad. 


Dr. memegang kayu yang dianggap sebagai semangat kepada pembuatan muzium ini.





Dr. memasukkan kayu ke dalam lubang tiang yang telah ditebuk.



Antara proses menaikkan tiang muzium ini.

Dr. turut membantu dalam kerja-kerja menaikkan tiang ini yang juga dikenali sebagai tiang seri.



Muzium yang didirikan ini merupakan sebuah rumah lama yang telah dirobohkan dan dibina semula. rumah ini asalnya telah di buat sendiri oleh Datuk Raja Diwangsa pada tahun 1935. Di khabarkan bahawa muzium ini akan dirasmikan pada bula September 2013.