my followers :)

Tuesday, July 16, 2013

RaMaDhaN TiBa LaGi~

Alhamdulillah, pada tahun ini, iaitu 2013 bersamaan 1434 Hijrah kita masih lagi dapat menjalankan ibadah puasa..sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang paling diberkati oleh Allah.. jadi dikesempatan ini,mari lah sama-sama kita melakukan sebanyak boleh perkara-perkara mahmudah..semoga kita akan mendapat beribu-ribu,berjuta-juta ganjaran daripada Allah S.W.T.


Firman Allah Taala:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..

"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. (1)



Diterangkan kebaikan bulan puasa dalam hadith yang berikut:

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ                                                                                                                     . (رواه مسلم



8- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Menurut huraian ulama' rahimahumullah., bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka, serta terbelenggunya syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan, boleh difaham menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadat - yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.

Tuesday, May 21, 2013

BBM3410 Laman Web

dalam kesibuka melakukan FYP, aku sempat melayan website demi untuk mendapat markah yg terbaik tuk sem ni..pe yg penting anggap lh semua cabaran yg hadir ni adlh ujian dari Allah dan hadapilah dengan hati yg tenang dan terbuka..in syaa Allah ada kebaikan di setiap apa yg telah kita lakukan..

http://dinyeah.weebly.com

ni adalah link tuk website yg dah aku wt..walupun website ni x menarik sgt,tpi ku berpuas hati dgn kerja aku..terima kasih Dr. kerana telah banyak memberi tnjuk ajar di dalam kelas..semoga kamu sentiasa di dalm rahmat-Nya..:)

Friday, April 5, 2013

BBM3410 VIDEO ONE SHOOT

ASSALAMUALAIKUM..
KALI INI SAYA AKAN MEMBERITAHU ANDA BAGAIMANA SAYA MENJALANKAN AKTIVITI-AKTIVITI MEMBUAT VIDEO ONE SHOOT YANG TELAH DI AJAR OLEH PROF MADYA DR. NORMALIZA ABD RAHIM..(agk skema ayt di situ,huhu..)..


Saya dan kumpulan saya iaitu kmpulan 3 IN 1 telah memilih untuk membuat video ini di sebuah studio iaitu di  kolej saya sendiri..sebab pe??sebab dkt ngn sy lh,huhu..

ok,dh xde ayt mcm tu..aku wt vdio ni bkn krane pkse,tpi dgn rela hati..wlaupun simple,tpi nmpk ksungguhan kmpulan kami tuk myiapkan keje ni..seingt saya,kami lh kmpulan yg paling awl siap..smlm doktor sruh wt,hari ni kami trus wt,hehe..

mengapa kami memilih lagu meet uncle hussin??sebab lagu beliau best,lebih2 lagi kalau azlan yg bawa lgu tu..kami telah membahagikan kumpulan kami kepada seorang vocalist, lead guitar,bass guitar n drummer..makne nyr masing2 ade tugas tersendiri..

kami ambik video ni dibantu oleh seorang kawan,sbb xde kmera cggih sgt yg blh auto shoot kn,kne tekan jgk,ehehe..

selepas vdio di ambik,kmpulan kami tlh mengeditnya dgn mggunakan MOVIE MAKERS yg tlh lame di install dlm laptop saya ni..tpi vdio yg kami rakam tu bkn format tuk mvie makers tu..jd terpakse lh kami 'converts' dlu video tu spaye formatnya blh dimasukkan ke dlm movie makers tersebut..

selepas tu,untuk menyedapkan lgi vdio tu,kami masukkan sedikit gimik2 pada awal vdio kami tu,nmpk mcm gempak sikit walaupun x kn,.

kemudian di akhir vdio tu kami selitkan sikit lagu cromok bagi mengakhiri vdio kami tu bersama-sama kredit utk mereka yg berkaitan..:)

walaupun byk cbaransmse sy mengedit vdio tu,contohnya tiba-tiba plak laptop jadi jem,keras x mau gerak..pastu nk same kn lagu dgn mulut tu punyer lah ambik mase..mklum lh,kami bkn bdk IT,huhu..tapi akhirnya siap lh jgk kn..:)

jadi,saksikan video kami di sini..http://www.youtube.com/watch?v=wH5RD_FxBqo...:)









Thursday, March 28, 2013

Edit by Din Yeah..

Salam..saje nak berkongsi..ni lah keje aku bile dalam keadaan yg membosankan..
edit mengedit..walaupun biase2 je,tpi ade pgajaran yg aku dpt..
ni je lah antara nya,ade lgi sbnar nyr,tpi berat lah pulak nk upload byk2..line x brape nk ok sgt..:)

















syukran kerana sudi melihat..:)

Friday, March 22, 2013

Hargai setiap kebahagiaan yang datang walau hanya sesaat.

Hidup memerlukan pengorbanan, 
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan ketabahan,
Ketabahan memerlukan keyakinan,
Keyakinan pula menentukan kejayaan,
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


Namun begitu berapa ramai yang berjaya untuk mencari kebahagiaan itu.
Kebahagiaan akan datang dan akan pergi.
Bersyukurlah kepada Tuhan kerana pernah memberi kebahagiaan kepada kita walaupun hanya sesaat.
Kerana ketika kita bersedih, Tuhan sengaja menguji sejauh mana kesabaran kita untuk kembali kepada-Nya.


Ketika kita lalai menikmati kebahagiaan, kadang-kadang kita lupa akan nikmat itu.
Setiap manusia tiada yang sempurna. Hidup ini perlu saling melengkapi antara satu sama lain.
Ada yang memberi, ada juga yang meminta.
Ada yang bahagia, ada yang bersedih.


Percayalah semua itu adalah ketentuan daripada Allah.
Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha sedaya upaya dan berdoa semoga apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.
Hargai bila bersama, bersyukur dengan apa yang kita ada.
In syaa Allah kita akan mendapat keberkatan-Nya.. :)

Tuesday, March 19, 2013

Jangan terlalu mengharap pada sesuatu yang tak pasti.







Setiap daripada kita pasti punya impian dan cita-cita masing-masing. Ada yang bercita-cita tinggi melangit dan ada pula yang sekadar berharap. Ada yang berimpian sampai ke bulan dan ada pula yang berimpian merentas tujuh lautan. Setiap impian dan cita-cita ini bermula dengan angan-angan. Tidak salah untuk berangan namun ianya haruslah realistik, jangan bermimpi untuk ke bulan kalau kita hanya berharap tanpa usaha.





Dalam percintaan pasti kita juga punya impian. Impian untuk membina mahligai cinta bersama jejaka/gadis idaman. Adakalanya kita sekadar menaruh harapan iaitu mencintai dalam diam, dan berharap si dia akan memahami perasaan kita. Adakalanya kita berimpian memiliki seseorang yang jauh tinggi darjat dan lain dunianya dari kita. Hati manusia memang tidak dapat lari daripada perasaan untuk memiliki. Berharap setiap cinta yang dicurahkan akan mendapat balasan. Namun siapalah kita untuk menentukan segalanya?



Terkadang impian kita akan dimakbulkan, dan segala yang kita impikan dapat dicapai. Namun ada ketikanya dimana impian kita tidak dikabulkan. Kita gagal memiliki apa yang kita hajati. Hasrat bersama dia tidak direstui, maka tiadalah jodoh bersamanya. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan segalannya.



Namun jangan kita terlalu kecewa kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Sekiranya permintaan kita tidak ditunaikan tidak bermakna Dia tidak sayangkan kita. Mungkin Dia sedang memberi ujian pada kita sebagai hamba-Nya untuk menguji setahap mana keimanan kita pada-Nya. Mungkin juga Dia sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Setiap peristiwa yang terjadi ada hikmahnya.




Sunday, March 17, 2013

QHASIDAH DI KOLEJ CANSELOR


Alhamdulillah, pada hari ini (16 Mac 2013) kami telah selasai mengadakan satu lagi persembahan di Kolej Canselor bersama-sama kumpulan UNIC yang saya kira dikenali oleh orang ramai. 

Ini adalah post yang pertama yang ada kaitan dengan group kami, iaitu Al-Ikhwan.. Jadi,tidak salah lah kalau memperkenalkan serba sedikit tentang group ini.. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta..

Ditubuhkan pada Mac 2011 oleh MOHD ZULHAFIS BIN ZULKEPLY. Kelab ini juga dikenali sebagai Kelab Marhaban dan Qhasidah, Kesenian Islam Kosass, UPM. Kelab ini merupakan salah satu kelab yang ditubuhkan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, UPM..

Kami telah banyak mengadakan persembahan di dalam dan di luar UPM serta pernah menyertai beberapa pertandingan. Objektif utama kumpulan ini diadakan adalah untuk menarik lebih banyak belia untuk erselawat dan memuji kebesaran nabi kita, Muhammad S.A.W..

Jadi, antara persembahan yang terdekat adalah pada hari ini.


isi perut sebelum persembahan.. ambik tenage kate orang..



perbincangan ringkas sebelum persembahan..




Bergambar bersama kumpulan UNIC..


Sedikit komen dan pengajaran yang diberikan oleh kumpulan UNIC..

Sedikit cenderahati yang telah diterima..



jadi itu sahaja setakat ini..  semoga objektif utama iaitu untuk mengajak para belia dalam memuji dan mengagung-agungkan nabi Muhammad S.A.W tercapai..In syaa Allah..