Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan ketabahan,
Ketabahan memerlukan keyakinan,
Keyakinan pula menentukan kejayaan,
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Namun begitu berapa ramai yang berjaya untuk mencari kebahagiaan itu.
Kebahagiaan akan datang dan akan pergi.
Bersyukurlah kepada Tuhan kerana pernah memberi kebahagiaan kepada kita walaupun hanya sesaat.
Kerana ketika kita bersedih, Tuhan sengaja menguji sejauh mana kesabaran kita untuk kembali kepada-Nya.
Ketika kita lalai menikmati kebahagiaan, kadang-kadang kita lupa akan nikmat itu.
Setiap manusia tiada yang sempurna. Hidup ini perlu saling melengkapi antara satu sama lain.
Ada yang memberi, ada juga yang meminta.
Ada yang bahagia, ada yang bersedih.
Percayalah semua itu adalah ketentuan daripada Allah.
Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha sedaya upaya dan berdoa semoga apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.
Hargai bila bersama, bersyukur dengan apa yang kita ada.
In syaa Allah kita akan mendapat keberkatan-Nya.. :)
sabar dalam setiap ujian baru dapat rasa betapa nikmatnya hidup..:)
ReplyDeleteyap..betul tu..thanx yah..:)
ReplyDelete